Setengah tahun aku x bukak blog ni...
dalam masa aku x bukak blog ni, banyak perkara yang terjadi kepada aku...
awal tahun, family aku diceriakan dengan kehadiran orang baru iaitu
anak saudaraku, Dhia Irdina..
anak kepada kakak aku yang kedua,
sangkaan aku tahun ni keluarga aku akan dilimpahi kurnia tetapi ALLAH Maha berkuasa...
diberikan kami dugaan yang besar bagiku,
kehilangan adikku, Azam...
disebabkan kelalaian mat rempit, dia meninggalkan dunia dan kami sekeluarga....
dia meninggal disebabkan accident kemalangan motor...
motornya bertembung dengan mat rempit yang sedang berlumba...
ALLAH lebih menyayanginya...
menggeletar badan ini utk menyampaikan berita kematiannya kepada ayah dan emak yang
berada di Melaka ketika itu, menghantar anak saudara yang baru lahir itu pulang ke
rumahnya di Johor....
tetapi hidup mesti diteruskan...
yg pergi sudah pergi dan tidak akan kembali....
aku diberikan amanah utk menguatkan kembali semangat ayah dan emak
tetapi kerana merekalah aku bersemangat semula...
ayah paling merasai kehilangannya...
insyaALLAH demi mereka aku akan cuba ceriakan kembali kehidupan ini...
AMIN!
dia tetap akan berada dalam ingatan...
ReplyDelete