Friday, August 30, 2013

Berfikir Sebelum Bertindak

                
                Ungkapan @ kata-kata hikmah ini selalu diberikan kepada kita @ diungkapkan oleh kita apabila ingin melakukan sesuatu perkara @ perubahan dalam hidup kita. Ini untuk mengelakkan daripada terjadi sesuatu perkara yang kita tidak mahu, bak kata pepatah " Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya,"

                Mengapa kita perlu berfikir sebelum bertindak? Kita perlu berfikir kerana segala tindakan yang kita lakukan dapat memberi kesan kepada kita sama ada sewaktu hendak merancang sesuatu malah ketika membeli juga, kita akan berfikir dahulu. Jika membeli tanpa berfikir, mungkin kita akan membeli benda yang tidak berguna atau membuat pembaziran.

                Berfikir sebelum bertindak juga dapat membantu menjadi sesuatu perkara buruk menjadi perkara baik. Sebagai contoh, dalam alam pendidikan, jika kita terpaksa berdepan dengan situasi di mana kita harus membuat sesuatu keputusan yang berat seperti mengadili kesalahan murid kita. Jika kita tidak berfikir sebelum menjatuhkan hukuman, kita mungkin akan menghukum orang yang salah. Tetapi, jika kita berfikir sebelum mengambil tindakan yang sepatutnya, mungkin kita dapat mengubah murid kita, yang telah melakukan kesalahan, menjadi murid yang lebih berdisiplin.

                Kesimpulannya, setiap perkara yang harus kita lakukan walau pun untuk apa sahaja, kita haruslah berhenti sejenak untuk berfikir sebelum kita melakukan sesuatu. Tindakan yang kita ambil dapat memberikan kesan yang berbeza kepada kita atau orang lain.

No comments:

Post a Comment